SEKOLAH KEBANGSAAN MORNI POK

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

Aktiviti Sekolah

view:  full / summary

Sambutan Hari Guru 2011

Posted on May 17, 2011 at 9:46 PM Comments comments (0)

GURU PENJANA PENDIDIKAN NEGARA


Mesyuarat PIBG Kali Ke- 33 & Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010 SK Morni Pok

Posted on March 26, 2011 at 1:16 AM Comments comments (0)

 Mesyuarat PIBG Kali Ke- 33 & Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010 SK Morni Pok, telah diadakan pada 26 mac 2011 pada hari Sabtu. Majlis dirasmikan oleh Encik Md, Derick Bin Basir; Pengurus Besar Komunikasi Korporat Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Sdn Bhd.

 Majlis berjalan dengan lancar, pelbagai acara disediakan antaranya ialah ucapan Yang dipertua,ucapan Guru Besar, serta ucapan perasmian.Selain itu persembahan multimedia, anugerah Prestasi Cemerlang UPSR,Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2010, persembahan murid Pra-sekolah dan cabutan bertuah turut diadakan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat,guru-guru, serta ibu bapa yang hadir.

 

Ketibaan Tetamu VIP

Larian Perdana Mahkota Johor

Posted on February 12, 2011 at 8:37 AM Comments comments (0)

  Larian Perdana Mahkota Peringkat SK Morni pok

 Telah berjaya di adakan.Banyak gambar-gambar yang telah dirakamkan.Tahniah kepada pemenang serta rumah Laksamana yang telah menjadi juara keseluruhan.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat..

Majlis Perpisahan GPK Kokurikulum

Posted on January 25, 2011 at 12:30 PM Comments comments (0)

 Majlis Perpisahan sempena perpindahan GPK kokurikulum En. Juraimi telah diadakan pada 25 Febuari 2011. Majlis diadakan di kantin Sekolah Kebangsaan Morni Pok.  Majlis diacarakan oleh Pn. surayaani  sapar, juruacara kita yang sangat berbakat.  Ia dimulakan dengan ucapan oleh ketua murid, Muhammad Nurfitri Zaini. Kemudian ucapan oleh Pn. Guru Besar serta ucapan kali terakhir oleh yang diraikan, cikgu Juraimi.  Terima kasih diatas jasa cikgu selama ini... tidak terbalas dengan kata-kata...

 

          

 Bacaan doa oleh Ust Tn. Zulkarnain         Ucapan wakil murid oleh Muhammad Nurfitri

 

       

 Ucapan oleh Pn. Guru Besar;                      Ucapan terakhir daripada cikgu Juraimi

  Pn Noorayu Bt Jayus

 

 

Pn guru besar mewakili warga SK Morni Pok menyampaikan hadiah kenang-kenangan...

                  

                                                                                                                                                                                                                              

                   

                    Para pelajar bersalaman dengan Cikgu Juraimi sebelum berpisah

                 

 

Minggu Orientasi Dan Pendaftaran Tahun Satu & Pra

Posted on December 30, 2010 at 9:24 AM Comments comments (1)

 Pada hari Khamis yang lepas telah diadakan Minggu Orientasi dan Pendaftaran Murid Tahun Satu dan Kelas Pra sesi 2011. Pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi. Upacara dimulakan dengan bacaan doa', dan disusuli dengan ucapan oleh Puan Guru Besar SK Morni Pok; Pn. Noorayu Bt Jayus. Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian tanda nama kepada bakal murid tahun satu dan kelas pra oleh Puan Guru Besar. Kemudian murid tahun satu dibawa ke kelas untuk menjalani ujian saringan LINUS. Manakala murid pra pula di bawa ke kelas Pra untuk taklimat dan lawatan oleh Puan Sanati. Sementara itu, para ibu bapa di beri taklimat tentang kelas Pra oleh Pn. Surayaani dan taklimat peraturan sekolah oleh PK HEM; Pn. Suhaila. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepa ibu bapa yang hadir pada hari tersebut. 

  

     

      Ucapan alu-aluan oleh                                Pn. Suhaila (GPK HEM), Pn. Surayaani,

      Pn. Guru Besar; Pn. Noorayu Bt Jayus     Pn. Rossnani, Pn. Ani & Ust Zulkarnain

   

   Pn. Rossnani, Pn. Marfuah (GPK 1)          Antara ibu bapa yang hadir

 

Penyampaian tanda nama kepada murid    Penyampaian tanda nama kepada murid

Tahun Satu oleh Puan Guru Besar                Pra.

 

Majlis Perpisahan & Majlis Akhir Tahun 2010

Posted on November 24, 2010 at 3:05 AM Comments comments (0)

 Majlis Perpisahan& Majlis Akhir Tahun 2010 S.K Morni Pok telah diadakan pada 23 November 2010 di Tropical Inn, Johor Bahru.

Majlis tersebut diadakan sempena perpisahan dua orang guru yang amat disayangi, iaitu Puan Noor Zaitun Bt Bidin dan Puan Fatihah Bt Jamil. majlis tersebut di rasmikan oleh Pn Guru Besar, Pn. Noorayu. Selain itu majlis penyampaian hadiah juga turut disertakan. Semoga kenangan di SK Morni Pok akan sentiasa segar dalam ingatan Pn. Fatihah dan Pn. Noor Zaitun...

                                           Semusim Bersama Seabad Terasa...

 

 

                                 

Students' Output Project

Posted on November 5, 2010 at 10:20 AM Comments comments (0)

Pacu pembangunan pendidikan

JOHOR BAHRU - Pemaju induk Nusajaya, UEM Land Holdings Berhad dengan kerjasama British Council menganjurkan Program Bahasa Inggeris dalam memacu pembangunan pendidikan di kalangan pelajar sekolah yang terletak di Iskandar Malaysia di sini.

Pengurus Besar Perancangan Bandar dan Infrastruktur Bandar Nusajaya, Rusli Zainal Abidin berkata, program berkenaan sudah dijalankan di beberapa Sekolah PINTAR UEM Land bagi menggantikan Program Pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dijalankan sebelum ini.

Menurutnya, pihak British Council berperanan menyediakan latihan dan modul berkesan kepada pihak sekolah bermula Mac sehingga Jun lalu dengan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak.

“Program ini pada dasarnya bertujuan untuk menguatkan dan meningkatkan kemahiran, ketepatan kemahiran serta kefasihan Bahasa Inggeris dalam kalangan tenaga pengajar mahupun pelajar sekolah.

“Menerusi program ini, kita dapat melihat tahap kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah semakin meningkat dan ia menunjukkan keberkesanan program dijalankan,” katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang ‘Student Output Project’ dan penyerahan tong kitar semula di Bilik Tayangan, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, Kamaruddin Sa’ayun dan wakil British Council Malaysia, Heather Smeaton.

Rusli berkata, ‘Student Output Project’ merupakan penanda aras terhadap keberkesanan modul dan latihan yang diguna pakai pelajar sepanjang program berkenaan berlangsung.

Menurutnya, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gelang Patah muncul sebagai juara menerusi projek ‘My Community’ manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Morni Pok.

Pada majlis sama, UEM Land turut menyerahkan beberapa tong kitar semula kepada Sekolah PINTAR UEM Land sebagai meneruskan kesinambungan Program Sekolah Hijau yang dijalankan sebelum ini.


Sumber : Sinar Harian

                  http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8370946.asp


Pemenang Students' Output Project

Program Kesedaran Alam Sekitar

Posted on November 5, 2010 at 9:35 AM Comments comments (0)

        Pada 23 Oktober 2010, En Jefferson telah diamanahkan untuk mengiring tiga orang murid ke Program Kesedaran Alam Sekitar kerjasama Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Perbadanan Taman Negara Johor di Tanjung Piai. Murid yang terlibat ialah Siti Syahirah, Nursyazwani dan Muhd Abdul Hakim

.


Murid yang terlibat : Siti Syahirah, Muhd Abd Hakim, Nursyazwani


Penanda aras Tanjung Piai


En Jefferson bersama Globe terbesar di Tanjung Piai


Salah satu hidupan laut yang istimewa


Program sebegini mampu menambah ilmu pengetahuan kepada murid-murid



Kempen Keselamatan Jalan Raya Bas Iskandar

Posted on November 5, 2010 at 8:53 AM Comments comments (0)

       Pada 20 Oktober 2010 yang lepas, Sek Keb Morni Pok menjadi tuan rumah untuk Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya Bas Iskandar. Sebanyak 12 Bas Ekspres Transit (BET) dijangka mula beroperasi di Iskandar Malaysia, khususnya mengikuti laluan Kulai-Johor Bahru, menjelang Jun tahun depan.

      

        Berbeza dengan bas awam yang kebiasaannya mempunyai lebih 30 perhentian, BET hanya akan melakukan antara tiga hingga lima hentian membabitkan jangkamasa perjalanan selama 15 minit untuk tiba ke destinasi. Menerusi kempen bertemakan Khidmat Mesra, Komuniti Selesa, itu lebih  150 pelajar sekolah berkenaan termasuk 50 pelajar daripada SK Tanjung Adang, SK Tanjung Kupang, dan Sk Ladang Pendas  diberi kesedaran dan taklimat mengenai keselamatan jalan raya terutama ketika menunggu, menaiki dan menuruni bas.

        Kempen itu bertujuan memantapkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat terutama pelajar sekolah mengenai isu keselamatan dan vandalisma ketika menggunakan kemudahan bas awam. Pelajar menjadi tumpuan kempen kerana di awal peringkat umur, mereka sesuai diberikan pendedahan supaya beradab ketika berada dalam bas.

        Program itu, dianjurkan bersama oleh PAIM, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Jabatan Pelajaran Johor, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, JPJ, syarikat bas dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.


Barisan orang kuat Bas Iskandar


En Hairul menerima penghargaan selaku wakil SK Morni Pok


Pn Surayaani yang sering terpilih menjadi pengerusi majlis di atas kemerduan dan kelunakan suaranya sedang khusyuk menyemak teks pengacaraan


"Kak Fadzilah, saya rasa bas ni yang paling bagus sekali untuk kita bawa murid-murid pergi lawatan. Betul tak kak?" kata Ustaz Zulkarnan.


Ha..naik bas tu elok-elok. Bukan selalu dapat naik bas percuma.

Temasya Olahraga Tahunan Kali ke-30

Posted on November 5, 2010 at 8:06 AM Comments comments (1)

    Bagi melengkapkan lagi aktiviti tahunan sekolah, SK Morni Pok dengan pimpinan GPK Koko En Juraimi B Hj Sapar, berjaya melangsungkan Temasya Olahraga Tahunan kali ke-30 pada 2 Oktober 2010.


Sukantara 2010


Rumah Bendahara siap menurunkan atlit-atlit mereka


Hmm....Adik Rumah Bentara sakit mata kne flash kamera ke?? Pn Fadzilah dan Pn Azlina begitu semangat bersorak untuk ahli pasukan Rumah Temenggung


Pn Zaitun menunggu peserta Rumah Laksamana ke? Semua da tunggu di belakang tue...


Orang kuat dan penyelamat keadaan..Tahniah..Jasa kalian dikenang


Juru Setia, Juru Catat, Juru Masak dan Juru Hadiah yang begitu penting khidmatnya dalam Temasya Olahraga ini


En Jefferson selaku hakim penamat dan juru teknik bergambar bersama juru foto

En Surah dihadapan piala-piala pemenang


Tarik..tarik...Jangan tak tarik....Inilah sumber kekuatan Rumah Temenggung hingga bergelar Juara


Begitulah meriahnya Temasya Olahraga Tahunan kali ke-30. Semoga kita berjumpa lagi pada Temasya Olahraga akan datang.




Rss_feed