| Posted on November 5, 2010 at 7:55 AM |
comments (0)
|
“PINTAR BattleBot Challenge” is a robotic competition where students use their creativity and knowledge in Science, Mathematics, and Technology to design and construct the strongest robot using LEGO technology. The competition allows students to build a robust vehicle or robot that can withstand challenges from other robots.
Participants will build and modify a battle vehicle according to their creativity and compete against other teams. The aim is to get students to use their creativity and knowledge to design and build a robust PINTAR Battlebot vehicle using LEGO parts and pieces, and modify their battle vehicle according to their own creative strategies. The ‘last standing vehicle/robot’ after the battle against other robots in the arena will win.


| Posted on November 5, 2010 at 6:57 AM |
comments (0)
|
Majlis Tadarus Al-Quran Sek Keb Morni Pok

Tadarus dan Mengaji Al-Quran
Jamuan Berbuka Bersama Ibu Bapa,Murid dan Guru


Majlis Khatam Al-Quran

Penyambut Tetamu

Barisan Penyambut Tetamu SK Morni Pok
Dari kiri: Pn Farhah, Pn Ani, Pn Zaitun, Pn Suhaila, Cik Che Hanisah,Cik Siti Salwa, Pn Marfuah, Pn Fatihah, Pn Rossnani dan Pn Rosmawati
| Posted on November 5, 2010 at 6:51 AM |
comments (0)
|
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
| Posted on November 5, 2010 at 6:15 AM |
comments (0)
|
Sepanjang bulan Ogos, Sekolah Kebangsaan Morni Pok tidak ketinggalan menjalankan beberapa aktiviti. Antaranya Perarakan Patriotik, Kuiz Merdeka, Pertandingan Kelas Tercantik, Pertandingan Poster dan Buku Skrap.
Walaupun bulan ini jatuh pada bulan Ramadhan, namun semua acara dapat dijalankan dengan baik.

Perarakan Merdeka yang berlangsung di Padang Sekolah

Jalur Gemilang....Di bawah naunganmu...Jalur Gemilang Kami semua bersatu...

Pertandingan Kuiz Merdeka dan Nyanyian Lagu Patriotk
Majlis Buka Merdeka di Tasik Merdeka
Pn Noor Zaitun & Pn Azlina sangat menikmati juadah

Pn Salmah menjenguk juadah dari kejauhan...Pn Sanati tersenyum melihat gelagat Pn Guru Besar....
| Posted on November 5, 2010 at 5:23 AM |
comments (0)
|
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Sambutan Hari Guru peringkat SK Morni Pok juga telah diadakan pada 17 Mei 2010.

Kek Hari Guru & Souvinier

Barisan Koir SK Morni Pok

Great Dancers SK Morni Pok

Murung ketika menunggu makanan...Hehe
| Posted on October 15, 2010 at 2:46 AM |
comments (0)
|
| Posted on September 23, 2010 at 9:55 AM |
comments (0)
|
Selamat menjalani peperiksaan kepada pelajar tahun enam SKMP.
selamat menjawab dan semoga berjaya!!! Doa guru-guru sentiasa mengiringi kalian..
| Posted on April 26, 2010 at 8:01 PM |
comments (0)
|
Ujian Formatif Ke-2 bermula pada 27 April hingga 29 April 2010.
Selamat Menjawab soalan dan juga Selamat Berjaya!!!
| Posted on April 18, 2010 at 10:44 AM |
comments (0)
|
Mesyuarat PIBG di adakan pada 13 March 2010 pada hari Sabtu.